Pada Tanggal 26hb Hingga 27hb April 2024 baru baru ini, Jawatankausa Kecil Inklusiviti Proses Damai Selatan Thai telah mengembara jauh ke wilayah Udon thani dan telah menganjurkan satu forum awam di salah sebuah university iaitu Universiti Khon Kaen, di wilayah Khon Kaen.
Dalam forum tersebut, terdapat beberapa pakar-pakar dari pelbagai fakulti dan universiti memberi pendapat serta pengetahun tentang asal usul konflik di wilayah sempadan selatan seperti Profesor Thanet Apornsuwan, dari Jabatan Sejarah. Fakulti Seni Liberal Universiti Thammasat dan Profesor Chayanit Poonyarat, Pensyarah di Jabatan Politik dan Tadbir Urus, Fakulti Sains Politik, Universiti Thammasat. Manakala Profesor Mark Tamthai, pakar dalam merangka dasar keselamatan negara. dan merupakan pemain langsung dalam proses dialog damai dan Encik Romsi Tohko, Pengerusi Perhimpunan Masyarakat Sivil untuk Keamanan (CAP)

Hasil dalam penilaian yang telah diteliti maka keluarlah beberapa perkara yang dirasakan perlu untuk pihak kerajaan Thailand ambil serius.
- Perlu ada reformasi ketenteraan
- Membawa konsep demokrasi di peringkat tempatan
- Perlu ada disentrallisasi dan berkerajaan sendiri
- Mewujudkan nilai kebersamaan dan kesedaran setempat
- Perlu ada rundingan damai
- Perlu ada pembangunan ekonomi dan sosial yang adil
- Perlu mewujudkan istitusi keamanan di setiap wilayah
- Menolak Mono-budaya dan mewujudkan masyarakat Pelbagai budaya
- Masalah etnik, agama dan budaya.
Beberapa perspektif dalam menyelesaikan masalah di wilayah sempadan selatan dapat di ungkapkan seperti dalam bentuk tadbir urus dimana ianya perlu ada pertukaran dan penciptaan konsep keselamatan negara yang baharu berdasarkan prinsip berpaksikan rakyat. Bagi sebuah kerajaan, ianya adalah perlu dalam menambah baik dan membentuk semula struktur dengan dua cara pendekatan iaitu satu dengan memberikan wilayah-wilayah sempadan selatan lebih kuasa demokratik dengan menjadikannya demokrasi di peringkat tempatan yang mana demokrasi tempatan ini mempunyai hak dalam membuat pemilihan termasuk pemilihan gabenor dan polis. Bagi perkara kedua kuasa dalam pengurusan sumber kewangan dan belanjawan perlulah di tingkatkan pengurusannya mengikut mekanisme wilayah. Pendekatan lain adalah dengan mengabungkan pentadbiran kawasan kepada 3 wilayah dan 4 daerah diwilayah songkhla atau 3Plus4 dan haruslah mengadakan pemilihan sendiri dalam pemilihan pimpinan dan pentadbiran serta keselamatan sambal berpegang kepada prinsip demokrasi setempat. Ianya haruslah disertai oleh masyarakat awam dan ahli politik serta rakyat dalam keterjaminan keselamatan dan kebebasan bersuara.

Dalam sistem ekonomi, kerajaan haruslah menyokong pembangunan dalam pasaran perdagangan dan memberi tumpuan kepada kos sara hidup kawasan dengan menekankan promosi perdagangan rentas sempadan dan serantau. Kerajaan perlu membangunkan produk-produk tempatan dan menjadikan produk tempatan ini satu nilai yang tinggi serta membantu dalam mewujudkan jaringan masyarakat dalam rangkaian perniagaan. Dalam membangunkan insfrastuktur yang aman ianya akan meningkatkan potensi pembangunan ekonomi dan mewujudkan pekerjaan tempatan dengan kadar gaji yang lebih berpatutam.
Dari segi Sistem perundangan serta keadilan, kerajaan perlu mempertimbangkan untuk memansuhkan undang-undang khas dan mewujudkan satu persekitaran yang normal. Takrif kepada normality boleh dicapai melalui forum-forum dan transformasi tentera dan polis untuk mengelakkan dari pencabulan hak asasi manusia dan tidak memandang kepada orang yang berbeza identiti dan budaya.

Dalam isu pendidikan, pemahaman tentang mengenai hak asasi manusia dan keamanan haruslah dimasukkan kedalam kurikulum pendidikan bagi mewujudkan perspektif tentang konsep kesaksamaan. Tiada diskriminasi dan pelanggaran hak asasi manusia terutama bagi menggalakkan dalam melahirkan kesedaran sosial terhadap tanggunghawab awam. Pengagihan pendidikan yang berkualiti yang sama diseluruh negara serta mempromosikan konsep pengagihan pentadbiran pendidikan oleh organisasi tempatan.
Mengenai identiti dan budaya, pihak kerajaan haruslah menggalakkan kepelbagaian budaya dan mewujudkan kesedaran melalui pelbagai aktiviti seperti menganjurkan perayaan kebudayaan dan sebagainya. Identiti dan budaya ini perlu diterapkan dikalangan kakitangan kerajaan dan menggunakan sebahagian dari belanjawan untuk mempromosikan identiti dan budaya serta bekerjasama dengan komuniti yang berbeza budaya.

Namun perlu ada penilaian susulan dalam mewujudkan perubahan sosial dan yang paling penting dapat menyimak penggunaan belanjawan dan mewujudkan proses rundingan awam melalui pelbagai platform untuk membolehkan masyasakat setempat mengambil bahagian dalam pengurusan kawasan dan mempunyai pemilikan bersama. Dengan ini ai bolehlah dianggap bahawa kesedaran dan penyertaan penduduk di wilayah lain telah memberikan satu idea kereatif dan meningkatkan kesedaran dan pemilikan dalam menyelesaikan konflik di wi9layah sempadan selatan.
Ini adalah sebahagian dari kesimpulan yang dapat kita nilaikan dari tugas Suruhanjaya Kajian Keamanan di wilayah sempadan selatan. Namun penerangan dan pendedahan kepada masyarakat tidak boleh berhenti sekadar yang telah di simpulkan. Menjadikan proses damai ini menjadi Agenda Nasional, masyarakat perlu terus tampil dalam memberikan pandangan dai idea dalam kontek penyelesaian konflik di wilayah semapadan selatan.
Fateh Al Fathoni – Mei 2024
Sumber FB Suruhanjaya Khas Kajian Keamanan Wilayah Sempadan Selatan