Rasuah Projek Ternakan Lembu Di Selatan

Sumber berita : Pemberita ThaiPBS – Tichila Putasarapan

Tarikh : 19 Januari 2024

(Rujuk https://fb.watch/pHe59u5_SL/ )

Artikel FB : Tichila Thaipbs – ..ตรวจสอบ โครงการโคบาลชายแดนใต้ งบ 1,566… | Facebook

Projek pertanakan lembu dikendalikan oleh 4 agensi kerajaan :

  1. SBPAC – Pusat Pentadbiran Wilayah Selatan
  2. Jabatan Haiwan
  3. Kementerian Pertaniah dan Kopersasi
  4. Kementerian Dalam Negeri

Sebanyak 50 ribu ekor lembu dijadual diagihkan kepada 1000 kumpulan penduduk Selatan ( 50 ekor setiap kumpulan) bernilai 1566 Juta Baht.

Tempuh 3 Fasa :

1. 60 kumpulan

                              2. 440 kumpulan

                              3. 500 kumpulan

Hasil siasatan pemberita mendapati pada Fasa Pertama Lembu yang dihantar kurus, berpenyakit, tiada surat pengesahan dan tiada bukti diberi vaksinasi. Ada yang hanya berat tidak sampai 100 Kg sedangkan ikut spek mesti tidak kurang daripada 165Kg. Kehadiran lembu berpenyakit membawa risiko penularan wabak kepada lembu-lembu tempatan. Penduduk berisiko menghadapi kerugian kerana ikut perjanjian mereka perlu lunaskan pinjaman menjelang 2027 hingga 2030.

Admin berpendapat perkara ini berlaku kerana terlalu banyak agensi kerajaan terlibat dan rasuah berlaku pada setiap peringkat sehingga projek ini terjejas sejak awal lagi projek ini diperkenalkan .Oleh keranan itu maka pihak yang akan menangung kerugian adalah rakyat.

#admin

Share the Post:

Berkaitan