Al-Fatihah, Dua Pejuang Patani Telah Gugur Syahid

Al-Fatihah, Dua Pejuang Patani Telah Gugur Syahid Saat Bertempur dengan Tentera Thailand.

Pihak tentera Thailand melakukan operasi dan terjadi pertempuran dengan pejuang Patani (Selatan Thailand), operasi ini dilakukan di kawasan rumah Tempat 1 Mukim Namdam Daerah Thungyangdeng Wilayah Patani, pada (01/05/2024).

Laporan dari masyarakat tempatan mengatakan, dalam pertempuran tersebut menyebabkan 2 orang pejuang Patani gugur syahid. Keterangan nama-nama pejuang Patani yang gugur syahid, diantaranya adalah ;-

  1. Azhar bin Samsuddin (Azhar Cekloh)

Usia 29 tahun, Berasal dari kawasan rumah Mukim Paku Daerah Thungyangdeng Wilayah Patani.

  • Muhammad Sabri bin Haji Abdullah (Sobri Bahing)

Usia 29 tahun, Berasal dari kawasan rumah Mukim Thanto Daerah Thanto Wilayah Yala.

Masyarakat memaklumkan bahawa ratusan pihak tentera Thailand melakukan operasi dan mengepung sebuah rumah semenjak pukul 17:00 pm waktu tempatan. Dalam operasi tersebut, pihak tentera Thailand mengunakan puluhan buah kereta dan beberapa buah motorsikal.

Ketika saat pihak tentera Thailand terus melakukan operasi, dikatakan terdapat beberapa lalu lintas jalan raya di tutup bagi mengelakkan gangguan operasi tersebut.

Fateh Al Fathoni – Mei 2024

Photo Sumber Facebook

Share the Post:

Berkaitan