Al-Fatihah …Belasungkawa: ‘Pemergian Cikgu Mae Kuteh ke Negeri Abadi’

إنا لله وإنا اليه راجعون

Dengan dukacitanya kami maklumkan bahawa Almarhum Cikgu Mae Kuteh (Abdul Rahman Ahmad) telah kembali ke Rahmatullahi Taala pada 10 Julai 2023 jam 11.10 malam di Terengganu. Almarhum adalah Amir dan pengasas Gerakan Mujahiddin Islam Patani(GMIP) sejak 19 Ogos 1989. Beliau berasal daripada Kampung Telagas Sembilan, Jelapang Pulau Gasing, Patani. Pendidikan awal adalah di Pondok Pulau Gasing. Selepas menamatkan pengajian di Thamvityamulnithi ( Sekolah Haji Haron) beliau sambung belajar ke Bandung,Indonesia selama 4 tahun .

Setelah tamat pengajian beliau kembali bertugas di beberapa buah sekolah agama di sekitar Patani beberapa tahun lamanya sambil melibatkan diri di dalam perjuangan pembebasan Patani. Apabila merasai dirinya tidak lagi selamat beliau terpaksa berhijrah ke luar Patani dan terus berjuang bersama Gerakan Mujahiddin Patani(GMP).

Beberapa tahun kemudian Almarhum Cikgu Mae memilih untuk menubuhkan Gerakan Mujahiddin Islam Patani dengan memberi tumpuan kepada Gerakan militir, usaha diplomatik dan ekonomi.
Pada tahun 2015 GMIP telah menyertai gagasan MARA PATANI dan turut terlibat di dalam Proses Damai Patani ( 2015- 2019). Kali terakhir beliau terlibat dalam gerak-kerja perjuangan ialah ketika menghadiri Muktamar MARA PATANI ke 4 pada bulan Oktober 2022.

Pemergian Almarhum adalah satu kehilangan besar pagi perjuangan Patani amnya dan bagi MARA PATANI khususnya. Kita ucapkan Takziah kepada rakan-rakan GMIP serta ahli keluarga beliau dan berharap para pelapis GMIP akan meneruskan perjuangan beliau itu.
Kami juga doakan semoga Allah SWT merahmati dan mengampuni beliau dan meletakkan beliau persama para Mujahiddin yang telah terdahulu pergi kerana jasanya di dalam perjuangan ini.

Aamin, Ya Rabbal Aalameen.

MARA PATANI

Share the Post:

Berkaitan