Kehilangan Seorang Tokoh Yang Hebat!!

Artikel Asal : https://www.facebook.com/share/p/VDXt66bo8T4uKLqQ/?mibextid=xfxF2i

Credit To : Tengku Nur Syafiqah

Hari ini kami kehilangan lagi …
Inna lillahi wainna ilaihi rojiuun
Telah kembali ke rahmatullan tokku kami, Almarhum YM Tengku Arifin (Arifin Binchik) Bin Tengku Chik. Semoga ruh almarhum tokku dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman.
Sedikit bingkisan hidup Almarhum:-
Tengku Arifin bin Tengku Cik atau Majer General T. Chamrun Den Udom lahir di Kampung Cabang Tiga Negeri Patani pada tarikh 21 Oktober 1946 M. Almarhum berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bidang Sains Politik (Universiti Chulalongkorn, Bangkok) dan Ijazah Sarjana Muda Institut
Pengurusan Pembangunan Negara (National Institute of Development Administration/NIDA). Pernah berkhidmat sebagai Pegawai Polis Diraja Thailand dan jawatan terakhir ialah Timbalan Ketua Divisyen Polis Sempadan Selatan Thailand Divisyen ke 4 berpangkat Majer General.
Almarhum Tengku Arifin merupakan penulis buku-buku:-

  1. Biografi Sheikh Daud Al-Fathoni (1977)
  2. Dari Langkasuka ke Patani Darussalam (2002)
  3. Cerita Dari Selatan (2007)
  4. Sejarah Negeri Patani (2008)
  5. Patani, Sejarah dan Politik Di Alam Melayu (2007)
    Selamat berehat Tokku. Ada rezeki, panjang umur cunda datang ziarah kubur tokku dekat sana 😭

Kami Dari Mara Patani Turut Merasa Simpati Atas Kehilangan Tokoh Yang Hebat Ini, Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat, InsyaALLAH…. Aminn…

#patani #tokohpatani #marapatani #mara

Share the Post:

Berkaitan